عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ . " رواه البخاري 1867
ومعنى " يتحرى " أي يقصد صومه لتحصيل ثوابه والرغبة فيه .
وقال النبي صلى الله عليه وسلم : " صيام يوم عاشوراء ، إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله . " رواه مسلم 1976 ،
وهذا من فضل الله علينا أن أعطانا بصيام يوم واحد تكفير ذنوب سنة كاملة والله ذو الفضل العظيم .
Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim).
Daripada hadith-hadith diatas, nyata kepada kita bahawa puasa ini disarankan oleh Rasulullah s.a.w walaupun sekadar hanya berniat untuk mendapat pahala dan ia merupakan hari yang diagung oleh Yahudi dan Nasrani.
Kelebihan puasa 10 Muharam atau Asyyura ialah dihapuskan dosa selama setahun. Dan lebih baik dikapit atau puasa berturut-turut 9 Muharam atau Tasu'a dan 10 Muharam. Ataupun 10 Muharam dan 11 Muharam. yang mana lebih mudah bagi kita sebagai Muslim.
Adapun, jika tidak berkemampuan berpuasa atau uzur syarie (datang bulan, nifas dan sebagainya), sangat besar pahalanya bagi yang menjamu makanan berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa.
Dan lebih baik dapat dilakukan kedua-duanya. Berpuasa dan menjamu makanan.
Selamat Beramal.
No comments:
Post a Comment