Friday, June 26, 2009

Hukum Fiqah Mengenai Anjing

نجاسة الكلب:

عند الحنفية: ليس بنجس العين لانه ينتفع حراسة به واصطيادا، وفم الكلب أو لعابه ورجيعه هو النجس لحديث: طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب.

وإما المالكية: طاهر و والولوغ فقط. لا غيره هو يغسله تعبدَا سبع مرَات.

وإما الشافعية والحنابلة: نجس العين لأنه إذا ثبتت نجاسة فم الكلب بالحديث والفم أطيب أجزائه، فبقيته أولى، ولحديث: إن الهرة ليس بنجسة. والله أعلم.
[uaa]

Thursday, June 25, 2009

Haji - Jimak / Bersetubuh Dalam Ihram

Para fuqaha telah bersepakat bahawa jimak dalam ihram adalah suatu perbuatan jenayah. Tetapi bukan bermakna di sini, jimak adalah salah di segi syariat, bahkan jika berzina adalah lebih besar dosanya. Dan perbahasan jimak disini adalah bagi mereka yang sudah berumah tangga dan berzina adalah di luar skop perbincangan utk entri kali ini.

Dibahagikan tiga keadaan jimak dalam ihram:
1. Sebelum wuquf di Arafah.
2. Selepas wuquf dan sebelum tahalul awal (tahalul pertama)
3. Selepas wuquf di Arafah dan tahalul awal sahaja.


Mari kita lihat masalah pertama: jimak ketika sebelum wukuf di Arafah


Para ulamak telah sepakat bahawa barangsiapa yg berjimak sebelum wukuf di Arafah maka hajinya adlah fasad iaitu rosak. Maka wajib ke atasnya tiga (3) perkara:

Yang pertama:
Meneruskan hajinya sehingga habis semua rukun2 dan wajib2 haji. Firman Allah s.w.t:
وأتموا الحج والعمرة لله.
"Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah"
Ayat ini merupakan dalil kepada tidak memisahkan yang sah dan rosak nya haji.

Yang kedua:
Mengerjakan haji yang baru pada masa akan datang bagi menggantikan haji yang rosak. Diharuskan juda memisahkan pasangan suami isteri ketika mengerjakan qada haji sejak ihram lagi menurut pandangan 3 imam (Syafie, Hanafi dan Hambali). Bagi imam Maliki, beliau mewajibkan kedua suami isteri berpisah sejak keluar dari rumah untuk pergi menunaikan haji sebgai langkan pencegahan (سدّ الذريعة) agar tidak terjebak lagi dengan perkara sebelum ini.Perkara ini tidak diriwayatkan dalam mana2 qaul sahabat (kata-kata sahabat). Ini menunjukkan bahawa tidak wajib utk berpisah dan harus sahaja.

Yang ketiga:
Melakukan sembelihan sebagai hadiah semasa qada' haji. Menurut mazhab hnafi seekor kambing. Menurut mazhab yg lain (syafie, hambali dan maliki) tidak harus seekor kambing tetapi seekor unta samaada jantan atau betina.

Mazhab Hanafi mengambil dalil utk sembelih seekor kambing daripada athar dari salah seorang sahabat Rasullullah yg mewajibkan seekor kambing.


Masalah Kedua:Jimak Selepas Wukuf tetapi sebelum Tahalul Awal.

Menurut mazhab Hanafi, haji tidak rosak bagi masalah di atas tetapi wajib untuk menyedekah seekor unta.Hujah beliau dengan mengambil hadith Rasulullah "الحج عرفة" dan sabda baginda yang lain, "وقد وقف بعرفة قبل ذلك ليلاً أو نهاراً فقد تمّ حجّه"

Tetapi menurut mazhab Maliki, Syafie, dan Hambali, hajinya rosak dan wajib juga utk menyedekah seekor unta juga.Merujuk Ulamak Syafie dengan hadith riwayat Ibnu Umar ra: "أن رجلاً سأله فقال: إنّي وقعت على امراتي ونحن محرمان؟ فقال : أفسدْتَ حجَّكَ، انطلق أنت وأهلك مع الناس فاقضوا ما يقضون، وحلّ إذا حلّوا، فإذا كان في العام المقبل، فاحجج أنت وامرأتُكَ، وأهديا هديًا، فإن لم تجدا فصوما ثلاثة أيام في الحج وسبعة إذا رجعتم

Ini merupakan dalil bagi mazhab selain Syafie. JIka tidak mampu utk menyembelih seekor kambing maka, berpuasalah tiga hari semasa haji dan tujuh hari selepas menunaikan haji.

Masalah Ketiga: Jimak Selepas Tahalul Awal.

Para fuqaha bersepakat bahawa hajinya tidak rosak tetapi terdapat khilaf dari segi pembayaran dam(hadiah).

Menurut Hanafi, Syafie, dan Hambali, wajib keatasnya seekor kambing mengambil dalil "لخفة الجناية لوجود التحلل في حق غير النساء"

Dan berkata Maliki dan sebhagian fuqaha Syafie dan Hambali iaitu wajib seekor unta. Wallahualam.

Friday, June 19, 2009

Bertemu sahabat lama - Mohd Muhibbuddin b Sulaiman Bukhari.

Selepas solat jumaat, aku terus keluar dari masjid utk pulang ke rumah utk urusan yang lain. Tika hendak menyarung selipar, ternampak kelibat sahabat lamaku di Kolej Islam. Mohd Muhibbuddin b Sulaiman Bokhari. Sahabt lamu ku di Kolej Islam. Kami cuma berlainan kelas semasa menengah atas. Kenalan kami memanggil “mubib” kpd beliau. Entahla, mungkin mesra dihati mereka dan sedap dipanggil barangkali. =) Banyak kenangan semasa tingkatan lima bersama beliau dan sahabat-sahbat lain.

Serasaku sudah dekat dua tahun tidak bertemu beliau.Memang ku tahu beliau tinggal di kawasan Gombak.Tapi tidak kuduga akan berjumpanya disini. Ku menyapanya. Kami mebgambil kesempatan yang ada untuk bertanya khabar. Beliau sekarang cuti semester. Kali terakhir kami berbual ketika beliau di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Ketika itu, ku masih di Tingkatan Enam. Banyak dibualkan bersama. Yalah, lama tak jumpa. Beliau banyak bertanya rakan-rakan Kolej Islam di UIA. Sihatkah mereka?Pengajian bagaimana? Banyak beliau ambil perkembangan rakan-rakan satu batch kami di Kolej Islam. Terbaru, sahabat kami Amir Abd Razak telah selamat melangsungkan walimah di Sg Buloh. Beliau juga tidak kesempatan pergi bersama. Hanya melihat foto-foto perkahwinan di dalam blog agaknya.

Sekarang beliau hanya duduk di rumah sepenuh masa. Beliau tercari-cari usrah semasa cuti sem kerana di UM beliau ada juga mengikuti usrah di sana. Tapi disini beliau tak tahu nk berjumpa dengan siapa. Masa banyak beliau luangkan mengikuti kuliah-kuliah di masjid2 terdekat. Alangkah dahaganya beliau terhadap ilmu dan suasana Islam walaupun jurusan yang beliau ambil di UM tidak berkaitan dengan Islam dan suasana pembelajaran bercampur lelaki dan perempuan, ditambah dengan non-muslim.
Pertemuan kami diakhiri selepas kira-kira 15 minit. Cuaca pun mendung.Seakan hujan bakal menjengah. Beliau berjalan kaki pulang kerana rumahnya dekat dengan masjid. Moga kami berjumpa lagi akan dating. InsyaAllah. (uaa)

Khutbah Jumaat Masjid As-Syarif, Gombak. – 19 Jun 2009.

Khutbah Jumaat Masjid As-Syarif, Gombak. – 19 Jun 2009.

Antara intipati yg boleh diambil dari khutbah hari ini.Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"اللّهم جَعَلْنِي شَكُورًا، اللَّهُم جَعَلْنِي صَبُورًا، اللّهُم جَعَلْنِي عَيْنِي صَغِيرًا وَ جَعَلْنِي عَيْن النَّاس كَبِيرًا" – أو كما قال رسول الله.

Mafhum: Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang bersyukur, Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang sabar, Ya Allah, jadikanlah aku kecil pada pandanganku dan besar pada pandangan manusia.

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah swt yang mana baginda memohon kpd Allah tiga perkara:

1. Memohon Allah menjadikan beliau seorang yang bersyukur.

Kisah Saidina Umar Al-Khattab semasa beliau menjadi Amirul Mukminin menjadi iktibar kepada kita semua. Dimana semasa beliau berada berhampiran dengan Kaabah, beliau ternampak seorang Arab Badwi sedang berdoa dihadapan Kaabah sambil menangis. Antara kandungan doa Badwi tersebut ialah memohon Allah swt memberi sedikit rezki kepada beliau. Doa ini diulang sebanyak tiga kali oleh beliau. Saidina Umar ra hairan dengan Badwi tersebut, lantas bertanya kepadanya; Wahai Arab Badwi, kenapa engkau berdoa kepada Allah memohon sedikit shj rezki.?Sedangakan orang lain memohon agar diberi rezki yang banyak? Arab Badwi menjawab; Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau tahu bahawa Allah telah menyatakan berulangkali di dalam kalamnya Al-Quran, sedikit sangat hambaNya yang bersyukur. Maka aku takut menjadi hamba yg tidak bersyukur kerna mendapat rezki yg byk dari Allah swt. Tersentuh Saidina Umar mendengar luahan rakyatnya itu.

Maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-nikmat yg diberi Allah kpd kita.InsyaAllah.

2. Memohon Allah menjadikan beliau seorang yang sabar.

Menyorot kembali kisah Nabi Musa a.s yang berdepan Raja Firaun yang kita sinonim dengan kejahilan dan kezaliman beliau. Bagaimana cekalnya Nabi Allah Musa a.s berhadapan dengan tentera-tentera Firaun ketika baginda dan pengikutnya lari menyelamatkan iman dan nyawa mereka tetapi dihadapan mereka Laut Merah yang terhampar luas. Dengan mukjizat baginda, maka terbelah Laut Merah sebanyak 13 lorong dan pengikut-pengikut baginda merentasi Laut Merah.

Kisah kedua, pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang menolak segala kecintaan muka Bumi dengan sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Walaupun beliau tahu tindakannya amat perit dan zalim kepada keluarganya sendiri tetapi kesabaran yang dihadapi membuktikan bahawa Allah sedang menguji keimanan baginda kepada Allah swt.
Kisah lain yang dapat kita ambil iaitu kesabaran Rasulullah s.a.w yang menyebarkan dakwah di kota Thaif di awal kerasulannya. Usaha baginda s.a.w menemui kegagalan apabila baginda dihina dan dicaci oleh Bani Thaqif pada ketika itu. Betapa peritnya baginda hadapi sehingga menitis darah baginda apabila dilempar batu bata oleh penduduk Thaif. Zaid bin Harithah yang melindungi baginda turut menerima nasib yang sama. Pada masa itu, para malaikat hanya menunggu jawapan ‘ya’ dari Rasulullah utk menterbalikkan bumi Thaif dengan menghempap mereka dengan bukit bukau tapi apa yang keluar dari mulut baginda hanyalah mutiara doa kpd penduduk Thaif; اللهم يهدي قوم فإنهم لا يعلمون.. . Baginda amat sayang pada umatnya hingga walau menitik darahnya, baginda tetap bersabar dengan kerenah mereka.

Inilah bukti kesabaran dan kecekalan Para Rasul yang berusaha sedaya upaya memikul beban dakwah yang diamanahkan kepada mereka dengan menyebarkan Islam kepada umat.

3. Memohon Allah menjadikan beliau seorang kecil dpandangan matanya dan besar di mata pandangan manusia yang lain iaitu menjadikan beliau seorang yang tawaduk.

Kisah Nabi Daud a.s boleh kita ambil iktibar ketika mana sedang baginda dihulur segelas air yang berisi separuh air. Selepas beberapa ketika gelas tersebut melimpah air keluar. Bertanya seseorang kepadanya. Mengapa air boleh melimpah keluar? Begitu hebat mukjizat Nabi Daud sehingga air melimpah keluar dari gelas walaupun asalnya gelas hanya berisi separuh air. Tetapi Nabi Daud menjawab. Gelas yang melimpah air keluar ini bukanlah dari air ini tetapi telah bercampur dengan air mata ku ketika ku ingin minum air ini. Aku bimbang dengan nikmat yang diberi Allah membuat aku bongkak dan takbur kepada Allah.

Kisah lain yang boleh diambil pengajaran, ketika di saat Rasulullah saw hampir wafat. Baginda memanggil sahabat2nya dan bertanya kepada sesiapa yang ada berhutang kepadanya? Baginda mahu mebayar kembali segala hutangnya. Pada saat itu, ada seorang sahabat datang menuntut hutangnya dilunaskan. Baginda bertanya apakah hutangnya? Lantas beliau menjawab, ketika hendak menuju medan perang, salah satu alatan perang Rasulullah telah terlibas ke badannya dan meninggalkan parut. Maka, aku ingin membalasnya. Saidina Umar Al-Khattab merah menyala, marah kpd sahabt tersebut. Tangan beliau sudah memegang pedang, ingin sekali beliau menghayun pedangnya, memancung sahabat tersebut. Baginda dengan tenang, menenteramkan Saidina Umar. Lantas, baginda membuka bajunya dan kelihatan banyak parut luka di badan baginda. Sebak para sahabat melihatnya. Nah, pukullah aku bagi melunaskan hutangku padamu. Dengan pantas, sahabt tersebut memeluk batang tubuh Rasulullah danmencium baginda. Aku bukan hendak menyakiti mu tetapi aku takut tidak sempat berjumpa denganmu kali terakhir sebelum pemergianmu. Berderai air mata para sahabt yang hadir menyaksikan peristiwa itu mengenang rendah dirinya peribadi susuk tubuh pembawa rahmat kesekalian alam terhadap umatnya. (kisah ini tidak ada dalam teks khutbah tetapi ditambah oleh penulis sendiri)

Begitu hebat, takutnya Para Rasul kepada kebesaran dan kekuasaan Allah swt berbanding kita yang lemah ini. Sukar untuk kita cari tolok bandingan pada masa kini. Hanya mampu kita menatap sirah mereka untuk menjadi inspirasi dan kekuatan dalam mengharungi dunia sekarang.

Pada akhir khutbah, khatib menyeru agar sidang jumaat agar mengamalkan doa ini dalam kehidupan seharian agar mudah-mudahan kita mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.InsyaAllah. (uaa)