Khutbah Jumaat Masjid As-Syarif, Gombak. – 19 Jun 2009.
Antara intipati yg boleh diambil dari khutbah hari ini.Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"اللّهم جَعَلْنِي شَكُورًا، اللَّهُم جَعَلْنِي صَبُورًا، اللّهُم جَعَلْنِي عَيْنِي صَغِيرًا وَ جَعَلْنِي عَيْن النَّاس كَبِيرًا" – أو كما قال رسول الله.
Mafhum: Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang bersyukur, Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang sabar, Ya Allah, jadikanlah aku kecil pada pandanganku dan besar pada pandangan manusia.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah swt yang mana baginda memohon kpd Allah tiga perkara:
1. Memohon Allah menjadikan beliau seorang yang bersyukur.
Kisah Saidina Umar Al-Khattab semasa beliau menjadi Amirul Mukminin menjadi iktibar kepada kita semua. Dimana semasa beliau berada berhampiran dengan Kaabah, beliau ternampak seorang Arab Badwi sedang berdoa dihadapan Kaabah sambil menangis. Antara kandungan doa Badwi tersebut ialah memohon Allah swt memberi sedikit rezki kepada beliau. Doa ini diulang sebanyak tiga kali oleh beliau. Saidina Umar ra hairan dengan Badwi tersebut, lantas bertanya kepadanya; Wahai Arab Badwi, kenapa engkau berdoa kepada Allah memohon sedikit shj rezki.?Sedangakan orang lain memohon agar diberi rezki yang banyak? Arab Badwi menjawab; Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau tahu bahawa Allah telah menyatakan berulangkali di dalam kalamnya Al-Quran, sedikit sangat hambaNya yang bersyukur. Maka aku takut menjadi hamba yg tidak bersyukur kerna mendapat rezki yg byk dari Allah swt. Tersentuh Saidina Umar mendengar luahan rakyatnya itu.
Maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-nikmat yg diberi Allah kpd kita.InsyaAllah.
2. Memohon Allah menjadikan beliau seorang yang sabar.
Menyorot kembali kisah Nabi Musa a.s yang berdepan Raja Firaun yang kita sinonim dengan kejahilan dan kezaliman beliau. Bagaimana cekalnya Nabi Allah Musa a.s berhadapan dengan tentera-tentera Firaun ketika baginda dan pengikutnya lari menyelamatkan iman dan nyawa mereka tetapi dihadapan mereka Laut Merah yang terhampar luas. Dengan mukjizat baginda, maka terbelah Laut Merah sebanyak 13 lorong dan pengikut-pengikut baginda merentasi Laut Merah.
Kisah kedua, pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang menolak segala kecintaan muka Bumi dengan sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Walaupun beliau tahu tindakannya amat perit dan zalim kepada keluarganya sendiri tetapi kesabaran yang dihadapi membuktikan bahawa Allah sedang menguji keimanan baginda kepada Allah swt.
Kisah lain yang dapat kita ambil iaitu kesabaran Rasulullah s.a.w yang menyebarkan dakwah di kota Thaif di awal kerasulannya. Usaha baginda s.a.w menemui kegagalan apabila baginda dihina dan dicaci oleh Bani Thaqif pada ketika itu. Betapa peritnya baginda hadapi sehingga menitis darah baginda apabila dilempar batu bata oleh penduduk Thaif. Zaid bin Harithah yang melindungi baginda turut menerima nasib yang sama. Pada masa itu, para malaikat hanya menunggu jawapan ‘ya’ dari Rasulullah utk menterbalikkan bumi Thaif dengan menghempap mereka dengan bukit bukau tapi apa yang keluar dari mulut baginda hanyalah mutiara doa kpd penduduk Thaif; اللهم يهدي قوم فإنهم لا يعلمون.. . Baginda amat sayang pada umatnya hingga walau menitik darahnya, baginda tetap bersabar dengan kerenah mereka.
Inilah bukti kesabaran dan kecekalan Para Rasul yang berusaha sedaya upaya memikul beban dakwah yang diamanahkan kepada mereka dengan menyebarkan Islam kepada umat.
3. Memohon Allah menjadikan beliau seorang kecil dpandangan matanya dan besar di mata pandangan manusia yang lain iaitu menjadikan beliau seorang yang tawaduk.
Kisah Nabi Daud a.s boleh kita ambil iktibar ketika mana sedang baginda dihulur segelas air yang berisi separuh air. Selepas beberapa ketika gelas tersebut melimpah air keluar. Bertanya seseorang kepadanya. Mengapa air boleh melimpah keluar? Begitu hebat mukjizat Nabi Daud sehingga air melimpah keluar dari gelas walaupun asalnya gelas hanya berisi separuh air. Tetapi Nabi Daud menjawab. Gelas yang melimpah air keluar ini bukanlah dari air ini tetapi telah bercampur dengan air mata ku ketika ku ingin minum air ini. Aku bimbang dengan nikmat yang diberi Allah membuat aku bongkak dan takbur kepada Allah.
Kisah lain yang boleh diambil pengajaran, ketika di saat Rasulullah saw hampir wafat. Baginda memanggil sahabat2nya dan bertanya kepada sesiapa yang ada berhutang kepadanya? Baginda mahu mebayar kembali segala hutangnya. Pada saat itu, ada seorang sahabat datang menuntut hutangnya dilunaskan. Baginda bertanya apakah hutangnya? Lantas beliau menjawab, ketika hendak menuju medan perang, salah satu alatan perang Rasulullah telah terlibas ke badannya dan meninggalkan parut. Maka, aku ingin membalasnya. Saidina Umar Al-Khattab merah menyala, marah kpd sahabt tersebut. Tangan beliau sudah memegang pedang, ingin sekali beliau menghayun pedangnya, memancung sahabat tersebut. Baginda dengan tenang, menenteramkan Saidina Umar. Lantas, baginda membuka bajunya dan kelihatan banyak parut luka di badan baginda. Sebak para sahabat melihatnya. Nah, pukullah aku bagi melunaskan hutangku padamu. Dengan pantas, sahabt tersebut memeluk batang tubuh Rasulullah danmencium baginda. Aku bukan hendak menyakiti mu tetapi aku takut tidak sempat berjumpa denganmu kali terakhir sebelum pemergianmu. Berderai air mata para sahabt yang hadir menyaksikan peristiwa itu mengenang rendah dirinya peribadi susuk tubuh pembawa rahmat kesekalian alam terhadap umatnya. (kisah ini tidak ada dalam teks khutbah tetapi ditambah oleh penulis sendiri)
Begitu hebat, takutnya Para Rasul kepada kebesaran dan kekuasaan Allah swt berbanding kita yang lemah ini. Sukar untuk kita cari tolok bandingan pada masa kini. Hanya mampu kita menatap sirah mereka untuk menjadi inspirasi dan kekuatan dalam mengharungi dunia sekarang.
Pada akhir khutbah, khatib menyeru agar sidang jumaat agar mengamalkan doa ini dalam kehidupan seharian agar mudah-mudahan kita mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.InsyaAllah. (uaa)
No comments:
Post a Comment