Friday, March 26, 2010

Pemergian Dr Zainal Abidin Ahmad, ahli Parlimen PKR Hulu Selangor

Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan penduduk di kawasan Parlimen Hulu Selangor di atas pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad ke rahmatullah malam tadi.

Allahyaraham meninggal dunia jam 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Fakta Menarik tentang beliau yang ingin dikongsikan disini, pada 3 Januari 2010, Akhbar the Star Online telah menyiarkan khabar bahawa beliau akan melatakkan jawatan kerana penyakit barah yang dialami oleh beliau. tetapi sebagai seorang pejuang keadilan, beliau tidak akan meletak jawatan tetapi hanya mengambil cuti 3 bulan utk menjalani pembedahan otak.

Ini ungkapan beliau kpd wartawan:
"I still wish to serve my constituency. I underwent surgery recently and I am recovering"

Semoga ruh beliau dicucuri rahmat oleh Alla s.w.t

P/S: kpd semua pencinta keadilan, bangkitlah utk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selagor nanti.. Takbir!!

No comments:

Post a Comment