Beberapa minggu lalu, aku ke klang menaiki keretapi malaysia atau sinonim dengan panggilan ktm. aku ke kaunter membeli tiket ke Klang. aku ke sana atas beberapa urusan di samping ziarah ke bumi waqafan yang kucintai. Setelah membeli tiket, semasa aku dan orang ramai berpusu-pusu untuk masuk ke platform, aku ternampak susuk tubuh yang serasa kukenal orang tersebut. Ku tepuk belakangnya."Assalamualaikum, hai lama tak nampak?" aku mula bicara. "La, hang ke baid.." Itulah sahabat baik ku di SMKA Al-Mashoor (L). Selama tiga tahun kami bersama2 di sana, menuntut ilmu dan pengalaman sampai aku berhijrah ke Kolej Islam Klang sementara dia masih di sana. Pertemuan yg cukup bermakna, amat berharga bagi kami berdua. Seingat aku, kali terakhir berjumpa selepas keluar result SPM 2004. Kira-kira 5 tahun kami terpisah kerana beliau menyambung pengajian diploma di Unimas. Alangkah besarnya nikmat pertemuan ini. Kami menghabiskan masa dalam KTM dengan berbual panjang.Kebetulan beliau pun hendak ke Klang, menuju ke rumah makciknya di sana. Banyak cerita2 lepas yg kami sembangkan. Sungguh tak ku duga beliau sekarang masih seperti dulu istiqamah dgn apa yang kami pelajari walau susuk badan nya agak tegap sedikit selepas menyertai Palapes di UPM sekarang. Pertemuan kami berakhir di Stesen KTM Klang. Kami solat asar berjemaah bersama-sama. Sayu rasanya setelah beberapa lama tak berjumpa dan kami dapat berjemaah bersama. Usai solat, aku mengajaknya ke restoran di seberang jalan utk minum petang. Nikmat sungguh petang itu berjumpa sahbat karib. Semoga ukhuwah kami berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH....
Penulis kanan bersama Firdaus Nizamuddin, memakai baju
mujahiddin yg diburu AS pada ketika itu, Osama b Laden.
Kenangan terindah di SMKA Al-Mashoor (L)
No comments:
Post a Comment