Wednesday, April 29, 2009

Seorang Tua dan Bakul Rotan

Cuti yang ada rugi jika tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Daku manfaatkannya dengan pulang ke kampung halaman, Pekan, Pahang. Tempat yang agak popular sekarang dek kerana PM yang ke 6. Bagus juga beliau jadi PM yang ke6. Jika tidak ramai jugak yang tahu Pekan, Pahang. Selalu aku sampai di Terminal Makmur, Kuantan dan berjalan kaki ke Stesen Bas berdekatan yang popular dengan nama 'benteng'. Mungkin student Marikulasi Gambang, UIA Kuantan sinonim dengan hentian bas ini. Tapi aku meminta pemandu bus untuk berhenti di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Batu 6 (jika tidak silap). Kemudian, aku tunggu bas Bee Huat ke Pekan. Jadi aku tidak susah payah untuk ke "Benteng".

Agak lama aku tunggu di situ. Jam menunjukkan jam 6 petang. Bas masih tidak kelihatan. Lambat juga tunggu di sini. Aku menanti dengan sabar sambil mengusik anak kecil yang jugak menunggu bus bersama ayah ibunya. Selepas setangah jam, baru tiba bas yang dinanti. Aku naik dan lihat bas agak penuh dengan penumpang. Barangkali baru balik shopping agaknya mereka nie. Yela, hari ni hari sabtu. Aku memilih duduk di belakang yang masih kosong tempat duduknya. Kelihatan remaja-remaja lelaki dan perempuan sedang asyik berbual. Entah apa yang dibual mereka. Masing-masing hand set ditangan. Usik-mengusik berlaku antara mereka. Si lelaki 'mengushar' siperempuan. Si perempuan jual mahal lagaknya pada mulanya. Aku lihat sahaja telatah mereka. Entah apa hendak jadi pada mereka agaknya nanti.



Setelah lima minit bas bergerak, ada tempat duduk kosong dibahagian tengah bas. Aku terus bergerak ke hadapan dan terus duduk dengan tergesa-gesa. Tanpa kusedari ada seorang lelaki tua yang rabun matanya sedia ada duduk di sebelah kananku. Bersama beliau, beberapa biji bakul rotan dan beg. Beraneka saiz bakul dapat kulihat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Dengan lembut, beliau menyapa ku, "dah sampai penjara ke?" aku menjawab "belum pakcik, jauh lagi". Tersentuh hatiku melihat pakcik disebelahku. Beliau bercerita menjual bakul-bakul rotan yang dibuatnya di Pasar Kuantan. Dari raut wajahnya, ku teka jualan hari ni tidak memberangsangkan. Tampak runsing. bakul- bakul beliau masih banyk kulihat. Namun, beliau tak meminta belas ehsan pun dari sesiapa. Dua situasi yang kontra yang aku lihat dalam bas. Remaja-remaja yang alpa dengan keseronokan dunia dan seorang tua yang gigih menyara hidup dengan menjual hasil kerja tangannya. Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di kotak pemikiranku. Setelah sampai di Kg. Ubai (nama tempat), aku menekan loceng unttuk pakcik itu dan membantu beliau turun dari bas. Jauh kelihatan sebuah rumah usang yang terletak tidak jauh dari beliau turun. Agaknya, disitulah beliau meneruskan kehidupan yang telah menjengah usia senja dengan hasil kerja tangan beliau.



Sayu hatiku melihat pakcik tersebut berjalan seorang diri pulang ke rumah. Aku melihatnya dari dalam perut bas. Semakin lama semakin kecil pakcik tua itu kelihatan setelah bas beredar ke destinasi seterusnya.

Persoalan:
1. Apakah nasib pakcik tersebut selepas ini? Adakah hidupnya tetap bagitu tanpa pembelaan dari Jabatan KEbajikan Masyrakat?
2. Apakah punca menjadikan pakcik tua menjadi begitu?Dimana anak-anak mereka? Apakah dosa silamnya sampai sebegitu rupa kehidupannya.
3. Apakah remaja-remaja yang asyik dengan kehidupan dunia bakal menjejak kehidupan seperti pekcik tua tersebut?Mereka tiada perancangan hidup dan matlamat dalam hidup. Tidak mustahl ini berlaku.
4. Dimana simpati orang ramai terhadap mereka yang berada dalam kesusahan. Kulihat tiada siapa yang membantu beliau ketika didalam bas. Adakah begitu hina kerjaya seorang pembuat bakul?
5. Peranan kita sebagai orang yang berilmu untuk merubah tahap pemikiran dan mentaliti masyarakat yang masih mundur dan keterbelakang untuk membina sebuah Tamadun yang ulung.
Bersama kita renungkan.....



No comments:

Post a Comment