

Kem ini berlangsung dari 5 - 7 Jun 2010 bertempat di Masjid UIA Gombak.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust Hafiz: 013 7120399.
Penyertaan adalah terhad. Ayuh hantar anak2 kita utk manfaatkan cuti sekolah mereka =)
Dua tiga hari ni, hangat di kaca TV berita MP Kulim-Bandar Bharu. Kenyataan2 beliau seolah2 beliau telah 360 darjah berpaling dari prinsip beliau semasa di dalam Pakatan Rakyat [secara khusus: PKR]. namun, apa yang boleh disarankan kepada beliau agar berundur dari kerusi anda sekrang kerana jika benar-benar beliau mahu menjadi Agen ALLah s.w.t di gelanggang Parlimen. Sebagaimana komen beliau berkenaan isu kalimah ALLAH; 
Zulkifli & Pemimpin Tertinggi PKR
Kontroversi yang dicetuskan ketika beliau enggan menghormati keputusan Pemimpin Tertinggi PKR berhubung isu Kalimah Allah. Beliau dengan lantang menyatakan pendirian terhadap isu tersebut. Ya, memang beliau jaguh dalam isu tersebut, cuma pandangan saya kepada beliau bukanlah mengenai isu tersebut, tetapi sejauh mana taat & wala' beliau kpd parti? Byk sirah yg boleh kita ungkapkan jika seseorang pemimpin Islam berhadapan situasi yang mana perlu diutamakan. Antara maslahah umum atau diri sendiri? Boleh kita renungkan bersama. Adakah sikap ini juga akan beliau bawa jika beliau bersama PAS?
Zulkifli & PAS
Sejak di bangku sekolah lagi, saya ingatkan beliau seorang ahli PAS. Tetapi rupa-rupanya beliau bukan ahli. Terfikir juga saya, adakah ini strategi PAS utk memasukkan beliau ke dalam PKR? Adakah kehendak beliau sendiri atau bagaimana?
Seorang pemimpin tertinggi PAS [telah meninggal dunia] tidak pernah bersama dengan Zulkifli di mana-mana acara. Adakah ini terjadi secara kebetulan? Pernah beliau [allayarham] dalam perjalanan ke sebuah majlis rasmi, tetapi apabila arwah diberitahu bahawa Zulkifli akan datang, beliau terus mengarahkan pemandunnya berpatah balik. Kejadian aneh ini, menjadi tanda tanya kepada diri saya sendiri? Mengapa begitu sekali sikap arwah terhadap beliau? Seolah-olah terselit sebuah misteri Zulkifli di dalam PAS itu sendiri menyebabkan Allahyarham tidak menyenangi beliau. Allahyarham sendiri juga pernah mengatakan:
“Zul is very ‘Islamic’. He is in fact even more Islamic than PAS, almost Taliban in attitude.”
Persoalan ini mungkin dapat kita fikirkan bersama, adakah PAS yang tidak menerima Zulkifli sebagai ahli atau Zulkifli yang tidak dapat menerima PAS? Atau adakah sebab Zulkifli terlalu ‘Islamik’ menyebabkan PAS tidak mahukan beliau? Andaian saya mudah. PAS tidak mempercayainya dan mengesyaki sesuatu yang luar jangka akan berlaku jika beliau bersama PAS.
Aksi Zulkifli & Basikalnya
Zulkifli bersama MP Padang Serai, MP PKR yang lain
Berbalik kpd Parlimen beliau, seharusnya, jika benar beliau Agen Allah s.w.t dlm Parlimen, kami selaku rakyat berharap beliau menyerahkan mandat kpd P18, Kulim-Bandar Bharu utk memilih semula pemimpin mereka. Jika beliau, merasakan beliau boleh menang, silakan bertanding atas tiket BEBAS! Adakah kemenangan beliau pada PRU12 yg lepas atas dasar potensi / sokongan rakyat kpd beliau? Jawapannya diserah kembali kepada Zulkifli. Jika benar beliau, di landas kebenaran, nah, silakan kembalikan mandat kepada pengundi Parlimen Kulim-Bandar Bharu utk tentukan keputusan.

Lewat petang pada majlis perkahwinan ku, sahabat yg hamper 7 tahun tidak jumpa, selamat sampai ke majlis ku. Sukar utk kulupakan mereka berdua kerana byk kenangan suka dan duka di SMKA Al-Mashoor (L) dari 2000 – 2002. Ketika itu, kami sama2 menuntut ilmu persilatan hingga diijazahkan bengkung hijau. Badi-badi sy, Alif Hassan masih spt dulu. Tetap tegap dan gagah berbanding dgn ku yg perut maju ke depan..hehehe… Beliau skrg menuntut di UniKL, Kg Baru, manakala Solihin @ Coin di UiTM Arau. Doaku pada kalian agar sentiasa istiqamah dengan apa yg kami pelajari di Al-Mashoor sama ada dalam beragama & menuntut ilmu. Semoga ukhwah kita berkekalan selamanya. InsyaAllah. =)
Dari kiri: Solihin @ Coin, ALif Baharuddin @ Pak Hasan, Ubaid serta Isteri, Nurul Atikah
Semoga ketemu lagi sahabat2 ku..