Showing posts with label Jejak sahabat. Show all posts
Showing posts with label Jejak sahabat. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Tahniah Sahabtku-Ahmad Hafiz & NorZyla

Sepatutnya gambarpengantin bersama penulis & isteri.Tp...ada sorang bakalpengantin turut serta..ambil berkat kot..

Merpati Dua Sejoli

Barakallahulakuma...



jawab..jgn tak jawab...


ceria dipagi hari...




rombongan pengantin baru sampai...



Saturday, February 20, 2010

Kenangan Bersama Sahabat Lama - Alif Baharuddin Hassan @ Pak Hassan & Solihin Alias @ Coin

Lewat petang pada majlis perkahwinan ku, sahabat yg hamper 7 tahun tidak jumpa, selamat sampai ke majlis ku. Sukar utk kulupakan mereka berdua kerana byk kenangan suka dan duka di SMKA Al-Mashoor (L) dari 2000 – 2002. Ketika itu, kami sama2 menuntut ilmu persilatan hingga diijazahkan bengkung hijau. Badi-badi sy, Alif Hassan masih spt dulu. Tetap tegap dan gagah berbanding dgn ku yg perut maju ke depan..hehehe… Beliau skrg menuntut di UniKL, Kg Baru, manakala Solihin @ Coin di UiTM Arau. Doaku pada kalian agar sentiasa istiqamah dengan apa yg kami pelajari di Al-Mashoor sama ada dalam beragama & menuntut ilmu. Semoga ukhwah kita berkekalan selamanya. InsyaAllah. =)

Dari kiri: Solihin @ Coin, ALif Baharuddin @ Pak Hasan, Ubaid serta Isteri, Nurul Atikah


Semoga ketemu lagi sahabat2 ku..

Sahabat Lama - Ahmad Farid Nazmi AHmad Shukri

Kenangan Bersama Sahabat Lama – Dr Ahmad Farid Nazmi Ahmad Shukri

Sehari sebelum majlis perkahwinan ku bersama isteri tercinta, saya telah menghabiskan masa bujang bersama sahabat lama yg telah tidak bersua muka (seingatku sejak tahun 2005). Beliau (Ahmad Farid Nazmi) musafir ilmu di Universiti Cairo dlm Bidang Kedoktoran selepas SPM. Byk kenangan bersama beliau di Kolej Islam ketika di Ting. 4 & 5. Seiring dengan edaran arus masa yg kian berlalu, byk perubahan yg dpt ku lihat pd beliau terutamanya fizikal..hehehe…Apapun, byk yg kami bualkan spnjg brada di Laketown Bkt Merah bersama Ahmad Hafiz @ Mat Pet. Harapanku, moga Farid Nazmi Berjaya menjadi seorang Doktor Muslim Sejati & bertemu jodoh dgn muslimah idaman beliau =)

Dari kiri: Mat Pet, Ubaid & Farid Nazmi
~ Kenangan Terindah @ Laketown Bukit Merah ~

Friday, June 19, 2009

Bertemu sahabat lama - Mohd Muhibbuddin b Sulaiman Bukhari.

Selepas solat jumaat, aku terus keluar dari masjid utk pulang ke rumah utk urusan yang lain. Tika hendak menyarung selipar, ternampak kelibat sahabat lamaku di Kolej Islam. Mohd Muhibbuddin b Sulaiman Bokhari. Sahabt lamu ku di Kolej Islam. Kami cuma berlainan kelas semasa menengah atas. Kenalan kami memanggil “mubib” kpd beliau. Entahla, mungkin mesra dihati mereka dan sedap dipanggil barangkali. =) Banyak kenangan semasa tingkatan lima bersama beliau dan sahabat-sahbat lain.

Serasaku sudah dekat dua tahun tidak bertemu beliau.Memang ku tahu beliau tinggal di kawasan Gombak.Tapi tidak kuduga akan berjumpanya disini. Ku menyapanya. Kami mebgambil kesempatan yang ada untuk bertanya khabar. Beliau sekarang cuti semester. Kali terakhir kami berbual ketika beliau di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Ketika itu, ku masih di Tingkatan Enam. Banyak dibualkan bersama. Yalah, lama tak jumpa. Beliau banyak bertanya rakan-rakan Kolej Islam di UIA. Sihatkah mereka?Pengajian bagaimana? Banyak beliau ambil perkembangan rakan-rakan satu batch kami di Kolej Islam. Terbaru, sahabat kami Amir Abd Razak telah selamat melangsungkan walimah di Sg Buloh. Beliau juga tidak kesempatan pergi bersama. Hanya melihat foto-foto perkahwinan di dalam blog agaknya.

Sekarang beliau hanya duduk di rumah sepenuh masa. Beliau tercari-cari usrah semasa cuti sem kerana di UM beliau ada juga mengikuti usrah di sana. Tapi disini beliau tak tahu nk berjumpa dengan siapa. Masa banyak beliau luangkan mengikuti kuliah-kuliah di masjid2 terdekat. Alangkah dahaganya beliau terhadap ilmu dan suasana Islam walaupun jurusan yang beliau ambil di UM tidak berkaitan dengan Islam dan suasana pembelajaran bercampur lelaki dan perempuan, ditambah dengan non-muslim.
Pertemuan kami diakhiri selepas kira-kira 15 minit. Cuaca pun mendung.Seakan hujan bakal menjengah. Beliau berjalan kaki pulang kerana rumahnya dekat dengan masjid. Moga kami berjumpa lagi akan dating. InsyaAllah. (uaa)

Wednesday, May 20, 2009

Coretan Buat Sahabat - Firdaus Nizamuddin


Beberapa minggu lalu, aku ke klang menaiki keretapi malaysia atau sinonim dengan panggilan ktm. aku ke kaunter membeli tiket ke Klang. aku ke sana atas beberapa urusan di samping ziarah ke bumi waqafan yang kucintai. Setelah membeli tiket, semasa aku dan orang ramai berpusu-pusu untuk masuk ke platform, aku ternampak susuk tubuh yang serasa kukenal orang tersebut. Ku tepuk belakangnya."Assalamualaikum, hai lama tak nampak?" aku mula bicara. "La, hang ke baid.." Itulah sahabat baik ku di SMKA Al-Mashoor (L). Selama tiga tahun kami bersama2 di sana, menuntut ilmu dan pengalaman sampai aku berhijrah ke Kolej Islam Klang sementara dia masih di sana. Pertemuan yg cukup bermakna, amat berharga bagi kami berdua. Seingat aku, kali terakhir berjumpa selepas keluar result SPM 2004. Kira-kira 5 tahun kami terpisah kerana beliau menyambung pengajian diploma di Unimas. Alangkah besarnya nikmat pertemuan ini. Kami menghabiskan masa dalam KTM dengan berbual panjang.Kebetulan beliau pun hendak ke Klang, menuju ke rumah makciknya di sana. Banyak cerita2 lepas yg kami sembangkan. Sungguh tak ku duga beliau sekarang masih seperti dulu istiqamah dgn apa yang kami pelajari walau susuk badan nya agak tegap sedikit selepas menyertai Palapes di UPM sekarang. Pertemuan kami berakhir di Stesen KTM Klang. Kami solat asar berjemaah bersama-sama. Sayu rasanya setelah beberapa lama tak berjumpa dan kami dapat berjemaah bersama. Usai solat, aku mengajaknya ke restoran di seberang jalan utk minum petang. Nikmat sungguh petang itu berjumpa sahbat karib. Semoga ukhuwah kami berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH....

Penulis kanan bersama Firdaus Nizamuddin, memakai baju

mujahiddin yg diburu AS pada ketika itu, Osama b Laden.

Kenangan terindah di SMKA Al-Mashoor (L)