Wednesday, November 13, 2013
Ujian getir menunggu Mukhriz di Sg Limau
Sg Limau: Potensi PAS tawan semula Kedah PRU14
Kemuncaknya, PAS berjaya mengekalkan kemenangan walaupun dengan majoriti yang merosot, namun bagi percubaan pertama oleh seorang anak muda, bagi saya ia satu pencapaian yang sangat baik kerana jentera PAS bukan hanya berhadapan jentera BN, tetapi jentera kerajaan yang dimanipulasi oleh kerajaan BN.
Kita pula jangan lupa, perlawanan padang yang tidak rata sebeginilah yang mencabul semangat demokrasi yang dilaung-laungkan oleh parti pemerintah. Setiap kali berhadapan pilihanraya umum dan kecil, pasti jentera kerajaan akan dikerah tanpa rela untuk memenangkan parti pemerintah sehingga jutaan kantung Negara dikikis. Jika pada PRK N.01 Kuala Besut sebanyak RM476juta dilaburkan (jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah PRK), PRK N.20 Sg Limau tidak kurangnya, apabila lebih kurang RM15juta dilaburkan dengan ‘gula-gula’ pilihanraya oleh jentera kerajaan samada melalui projek pembangunan dan pinjaman modal kepada usahawan tani melalui MARA, TEKUN, Agrobank dan sebagainya.
Usaha sebegini murni jika diberi sebelum PRK, tetapi menjadi ‘gula-gula’ dan ‘umpan’ apabila diumumkan semasa kempen rancak berlangsung. Dimana integriti dan semangat demokrasi parti pemerintah? Adakah di Parlimen dan dihadapan rakyat berdegar-degar laungkan mendukung demokrasi tetapi dari segi pelaksanaan tidak langsung ambil peduli? Sangat retorik.
Kempen Mukhriz tidak berjaya
Dari segi strategi kempen, mana-mana lokasi di Sg Limau meriah dan penuh dengan orang ramai samada orang tempatan dan orang luar yang membantu jentera masing masing sebagaimana pilihan raya-pilihan raya kecil yang lepas. Kreativiti kedua-dua parti dalam berkempen juga menghangatkan lagi suasana yang sedia panas cuacanya daripada pagi hingga ke petang. Cuma hujan kadang kala pada lewat petang hingga ke malam hari, namun sambutan tetap meriah di sekitar Sg Limau.
Selepas penamaan calon, tidak banyak poster, banner, bendera dan bunting calon dilihat, namun ia semakin rancak dipasang, digantung dan dipacak oleh jentera masing-masing selepas beberapa hari kempen. Bunting dan poster Mukhriz Mahathir selaku MB Kedah tidak juga banyak kelihatan digantung di merata tempat sehinggakan ramai yang agak keliru, siapakah yang bertanding sebenarnya? Gambar profil dan imej Mukhriz yang kelihatan warak, berjubah dan berkopiah, seolah-olah menjadi pertaruhan jentera BN bagi menawan hati pengundi Sg Limau yang sinonim dengan kehidupan Islamik. Maka, slogan Berani Berhijrah dipertaruhkan oleh BN bagi menampakkan imej Islam bagi menambat pengundi.
Namun, BN terlupa bahawa sekarang dunia di hujung jari. Informasi mudah diperoleh hanya dengan menyentuh papan telefon pintar sahaja. Masyarakat Sg Limau boleh menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Mereka tidak susah hendak menduga dan mengetahui adakah imej Mukhriz kali ini hanya topeng semata-mata. Siapa tidak tahu yang ahli keluarga Mukhriz yang memiliki saham dalam syarikat arak terkemuka, San Miguel di Filipina? Siapa yang tidak tahu yang ahli keluarga Mukhriz yang lantang melaungkan kebebasan hak asasi bagi golongan LGBT melalui Seksualiti Merdeka? Apakah layak dikategorikan keluarga Mukhriz sesuai dengan imej warak yang ditonjolkan? Pastinya penduduk Sg Limau tidak mudah tertipu dengan imej tempelan sedemikian.
Calon PAS, Ust Mohd Azam pula memperoleh kredit sangat besar dengan penampilan pemuda yang benar-benar berpegang pada ajaran Islam dalam erti kata sebenar. Tidak perlu dihurai panjang kepada masyarakat Sg Limau kerana mereka sinonim dengan keluarga Ust Azam yang soleh dan taat pada agama.
Ketika mana ceramah pengisytiharan calon PAS di Sg Limau Dalam oleh Tuan Guru Presiden PAS, audiens yang hadir sudah menjangkakan Ust Azam akan bertanding dan raut wajah mereka ceria tanda puas setelah mendengar pengumuman itu.
Ini menjadikan para pengundi menyenangi imej serta perwatakan beliau yang semula jadi Islamik dan tidak bermuka-muka. Walau pun demikian, tidaklah dikesampingkan calon, Dr Sohaimi dalam soal imej ini, tetapi strategi kempen BN lebih ke arah menonjolkan imej “Islamik” Mukhriz berbanding calon bertanding. Nyata, Mukhriz gagal menambat undi dengan strategi ini, malah memberi kelebihan pada PAS yang sentiasa tidak lari dengan imej Islamik.
Selain itu, ceramah-ceramah kelompok yang dianjurkan oleh Pas tetap mendapat sambutan walaupun hujan renyai-renyai membasahi bumi Sg Limau dengan menampilkan pimpinan-pimpinan kanan Pas yang turut padang bagi memastikan kemenangan Pas kekal di Sg Limau setelah dipertahankan oleh Al Marhum Tan Sri Ust Azizan selama 5 penggal berturut-turut. Prestasi yang amat jarang diperoleh melainkan wakil rakyat tersebut merupakan tokoh yang cukup disegani dan dihormati oleh lawan dan kawan.
Namun, ceramah BN kelihatan hambar melainkan dengan menambah nilai kepada ceramah mereka dengan pengisytiharan projek dan peruntukan untuk menarik ramai audien hadir. Karnival Rakyat dianjurkan tiga hari berturut-turut dengan menawarkan barangan konsumer serendah RM1. Gula, tepung, minyak masak, serbuk pencuci kain dan lain-lain barangan dijual harga murah bagi memancing perhatian pengundi. Ditambah dengan kehadiran artis-artis popular bagi menambat kehadiran pengundi.
Tanpa sedar, ini menampakkan kelemahan BN kerana mereka lupa jika ‘umpan’ terlalu banyak, pengundi boleh membayangkan ada udang disebalik mee. Umpama ikan dalam kolam akan terkejut jika banyak umpan diberi oleh pemancing. Pasti ikan akan keliru dan berhati-hati memilih umpan untuk disambar.
Justeru, kelihatan pengundi Sg Limau lebih berwaspada dengan janji-janji yang boleh diragui dan secara mengejut subsidi gula ditarik. Penarikan subsidi ini memberi kesan psikologi mendalam bagi masyarakat luar Bandar kerana gula merupakan perkara asas dalam kehidupan mereka. Jika harga gula meningkat, pelbagai barangan berkaitan akan meningkat seperti air minuman dan makanan seperti kuih-muih. Ini menjejaskan budaya “sembang kedai kopi” yang menjadi aktiviti harian bagi penduduk kampung.
Selain itu, penarikan subsidi gula disaat kempen sedang berlangsung menampakkan Mukhriz disabotaj dan di’anaktiri’ oleh PM Najib Razak. Mengapa tidak menarik subsidi selepas PRK berakhir? Adakah ini cubaan sabotaj kepada Mukhriz? Peruntukan projek dan bantuan mee segera juga tidak banyak apabila hanya memperoleh sekitar RM15 juta sahaja berbanding Kuala Besut menjangkau setengah billion ringgit! Walhal kerusi DUN N.01 tersebut BN menang selesa pada PRU-13 dengan majoriti lebih 2,000 undi. Mengapa pelaburan besar di Kuala Besut tetapi tidak di Sg. Limau? Pastinya, Mukhriz tidak selesa dan panas punggung menerima kegagalan ketiga beliau kali ini.
Tawan kembali Kedah
Jika dilihat kesungguhan dan strategi yang disusun, PAS Kedah berpeluang menawan kembali Kedah pada PRU14 dengan syarat mengekalkan momentum sedia ada. Setiap UPU telah menjalankan tugas yang baik dengan lengkap senarai pengundi yang telah lengkap dicula. Petugas tempatan yang dibantu dengan petugas daripada kawasan dan negeri bantu sangat memainkan peranan yang penting dan bekerjasama dengan baik untuk memastikan kemenangan calon PAS.
Sudah tidak timbul pergeseran dalaman dan isu-isu yang dimainkan oleh BN dijawab dengan baik walaupun di saat-saat akhir, isu patung Al-marhum Ust Azizan dan pemuda PAS menumbuk Puteri UMNO dimainkan begitu kuat sekali. Namun, jentera PAS yang dikemudi oleh Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, tetap gagah melawan tanggapan negatif yang dilontar BN di media perdana. Pastinya media alternatif dan media sosial banyak membantu jentera PAS dalam meluaskan sebaran maklumat dengan pantas.
Walaupun terdapat penganalisis dan blogger politik mengatakan BN berjaya menafikan majoriti PAS yang lepas, bagi saya ia merupakan kejayaan pada PAS kerana Sg. Limau merupakan percubaan pertama PAS Kedah selepas gagal pertahankan negeri Kedah pada PRU-13. Ini bukti jentera PAS Kedah sudah kembali bangkit dan pulih. Kedua, situasi PRK Sg. Limau dilihat seperti PRK Permatang Pasir yang mana PAS menjadi penyandang sejak 1999.
Pemergian Al-Marhum Ustaz Hamdan yang menyandang kerusi itu menjadi cabaran besar PAS Pulau Pinang bagi mempertahankan kerusi dibawah Parlimen Permatang Pauh sehinggakan mempertaruhkan Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya Pulau Pinang sebagai calon. Walaupun calon yang diletakkan sudah ‘well-knowned’ di kawasan tersebut, namun PAS hanya memperoleh undi 9,618 undi dengan majority 4,551 undi pada PRK itu berbanding penyandang, Al-Marhum Ustaz Hamdan telah mendapat 11,004 undi dengan majoriti 5,433 undi pada PRU-12. Penurunan yang mendadak majoriti PAS pada PRK Permatang Pasir ketika itu.
Namun, pada PRU-13 yang lepas, kerusi tersebut telah dipertahankan oleh Ustaz Salleh Man dengan peningkatan majoriti yang mendadak dan ketara iaitu sebanyak 6,826 undi majoriti. Suatu pencapaian yang sangat baik kepada PAS Pulau Pinang kerana hanya 1 ADUN tunggal PAS yang ada di Pulau Pinang!
Situasi sama juga boleh dilihat di DUN Manek Urai apabila pada PRU-12, PAS memenangi majoriti yang selesa iaitu 1,352 majoriti undi melalui calon Ismail Yaacob, namun pada PRK Manek Urai, PAS Kelantan hanya menang dengan 65 undi majoriti melalui calonnya Ustaz Mohd Fauzi Abdullah. Kemenangan yang sangat tipis atas beberapa faktor lain yang ramai melihat PAS Kelantan gagal mengekalkan majoriti dengan lebih selesa, namun tetap mempertahankan kemenangan di Manek Urai. Akan tetapi, pada PRU-13, PAS Kelantan dengan mengekalkan calon yang sama, majoriti kemenangan PAS meningkat mendadak kepada 1,633 undi, melebihi majoriti undi yang diperoleh pada PRU-12. Bagi saya, ia satu pencapaian sangat baik oleh PAS Kelantan di saat ramai penganalisis politik meramalkan Kelantan tumbang pada PRU-13!
Contoh sebegini sangat rapat dengan PRK Sg Limau. Kita juga maklum bahawa, padang pilihanraya kecil dan pilihanraya umum amat berbeza. Jentera BN 100% fokus bagi merampas dengan apa jua cara pada PRK. Para pengundi pun ditinjau meramal perkara yang kerana mereka berkata dengan loghat Kedah, “jika pilihanraya besaq, insyaAllah PAS menang macam biasa tetapi pilihanraya kecik, tak tahu macam mana, depa (BN) bawa turun macam-macam pada kami”. Mereka (pengundi) seolah-olah menjangka impak akan terkesan pada pengundi dengan ‘gula-gula’ dan ‘umpan’ pilihanraya diberikan terutama kepada pengundi atas pagar.
Melihat situasi sebegini, seharusnya kredit dan pujian wajar diberikan kepada PAS Kedah dan seluruh jentera membantu kerana medan PRK sangat mencabar berdasarkan fakta dan hujah diatas, berbanding PRU. PAS telah mengemukakan calon yang paling sesuai dan saya meramalkan pada PRU-14 jika jentera sedia ada masih kekal momentumnya, YB Ustaz Azam akan mengekalkan kemenangan di Sg. Limau dengan majoriti yang lebih selesa. Para pengundi akan mula sedar bahawa pada PRK yang lalu mereka telah di’gula-gula’kan oleh BN apabila situasi PRU tidak menjanjikan projek mee segera dan bantuan ekspress sebagaimana PRK. Pada waktu itu, pengundi atas pagar akan buka mata bahawa BN hanya meng’umpan’ mereka sahaja demi kepentingan politik.
Dan berita paling menggembirakan buat PAS Kedah untuk terus mara dan gagah menyusun langkah menuju PRU14 ialah Mukhriz sekarang menjadi modal dan ‘punching bag’ kerana gagal di percubaan ketiga selepas kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu. Beliau juga gagal dalam usaha merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2009. Ini jelas, kepimpinannya ditolak bukan sahaja di peringkat parti malah di kalangan masyarakat Kedah terutamanya. Terang lagi bersuluh, beliau hanya mengharapkan populariti ayahandanya untuk kekal di persada politik tanah air. Prestasi beliau sebagai MB Kedah setelah 5 bulan memegang tampuk kuasa juga tidak menunjukkan pencapaian yang membanggakan selain hanya selesa di Wisma Darul Aman.
Peluang-peluang sebegini wajar menjadi ‘lauk kenduri’ kepada PAS Kedah bagi menumbangkan Mukhriz Mahathir dan regim BN pada PRU14 akan datang. Selain itu, strategi dan kemantapan jentera wajib terus dikekalkan dan ditingkatkan momentumnya sehingga menjelang PRU-14 ataupun mungkin pilihanraya-pilihanraya kecil akan datang. Syabas dan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, jentera Pilihanraya PAS Kedah dan seluruh jentera membantu!
Thursday, December 13, 2012
Musuh Najib yang sebenarnya berada di dalam UMNO sendiri
Monday, July 12, 2010
Retreat sahkan sokongan Melayu kekal kepada PAS
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pemukiman tiga hari PAS bermula Jumaat hingga Ahad lalu di Port Dickson merumuskan parti itu tidak mengalami penurunan sokongan Melayu seperti yang didakwa pihak tertentu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata berdasarkan analisis yang dibuat, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 sehingga PRU 2008, undi Melayu terhadap PAS konsisten dan menyaksikan sedikit peningkatan.

"Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan sehingga 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet.
"Pada PRU tahun 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.
"Ini membuktikan bahawa PAS tidak kehilangan pengundi teras Melayu selama ini," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan pihak tertentu bahawa PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu ekoran kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat.
Dakwaan itu dibuat ekoran serangan hebat terhadap PAS oleh Umno ketika parti itu berusaha untuk mengekalkan kedudukannya walaupun sokongan untuk rakan-rakannya dalam BN hilang.
Dalam pilihan raya 2008, sokongan pengundi luar bandar kepada PAS tidak tinggi bukannya kerana mereka Melayu tetapi kerana maklumat dari PAS dan rakan-rakannya tidak sampai kepada mereka.
Mengulas lanjut Mahfuz berkata, PAS memperoleh 45 peratus sokongan Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang sewaktu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin menjadi calon.
"Itu tidak termasuk sokongan Melayu di Kelantan, kalau diambil kira Kelantan, sokongan Melayu lagi la tinggi," tambahnya lagi.
Pemukiman hujung minggu lalu itu disertai ahli Majlis Syura PAS serta Presiden dan AJK PAS pusat yang lain.
Ianya antara lain bagi merangka persedian PAS menghadapi PRU ke-13.
Dalam pada itu retreat tersebut juga merumuskan bahawa yang menghakis kepentingan Melayu seperti termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan adalah Umno BN.
Menurutnya, isu memperkenal Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan isu penukaran sistem kemasukan ke IPT dari kuota ke meritokrasi antara contoh penghakisan hak Melayu oleh Umno BN.
Sehubungan itu jelasnya, atas sebab itu PAS juga memutuskan akan memulakan usaha lebih konstruktif melindungi hak orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan tanpa menafikan hak kaum-kaum lain sebagai warga negara Malaysia.
"Teras kita adalah keadilan kepada siapa yang berhak.
"Semua parti dalam Pakatan Rakyat pada konvensyen lalu sebulat suara telah bersetuju mempertahan apa sahaja yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.
Saturday, July 3, 2010
Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010
Berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.
Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen Tak Nak Judi dan buku Tak Nak Judi.
Gerakan Membantah Judi juga tidak akan berkompromi dengan segala bentuk judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia sebelum ianya membarah dalam masyarakat.
Azmi berkata, lesen berkaitan judi meliabatkan golongan berkenaan mesti dihentikan serta-merta.
"Ada pun judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia, yang itu memang sama sekali kita tidak ada kompromi.
"Sudah sampai masanya generasi muda mesti dibersihkan daripada judi dan sebarang lesen yang berkaitan judi yang membolehkan kanak-anak dan belia terlibat dengan judi, kita mesti hentikan serta merta tanpa kompromi kerana kanak-kanak tidak tahu apa-apa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas selepas selesai merasmikan perhimpunan Tak Nak Judi di perkarangan Masjid Negara petang tadi.
Beliau yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) turut berkata, pihak GMJ membuat keputusan meneruskan kempen Tak Nak Judi itu untuk memberikan kesedaran secara serius kepada masyarakat tentang bahana judi.
"Kita buat keputusan kempen ini penting kerana kita nak menyebarkan kesedaran yang serius dan bersungguh bahawa judi ini tidak bermanfaat sama sekali baik dari sudut ekonomi, sosial, dan keluarga," katanya.
Justeru katanya, kempen berkenaan yang secara rasminya bermula hari ini akan berterusan sehingga tahun hadapan dengan pelbagai program kesedaran di setiap negeri.
"Yang penting kita mendidik kesedaran ini. Kita tunjukkan semua bukti apa kesan kepada mereka yang terlibat dengan judi. Apa kesan kepada ekonomi dan budaya."
"Jadi kita akan teruskan kempen ini sepanjang tahun sehingga tahun hadapan. Kita akan bagi kesedaran kepada kaum ibu, golongan profesional dan pekerja-pekerja melalui progaram ceramah, edar risalah dn poster dan akan dilakukan di setiap negeri," katanya lagi.
Sebelum itu, seramai kira-kira 3 000 orang membanjiri perkarangan Masjid Negara bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan. Himpunan tadi bermula dengan solat Asar berjemaah di Masjid Negara.
Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.Himpunan yang pada mulanya dijadualkan pada jam dua petang itu ditangguhkan ke jam lima petang tadi bagi menghormati majlis pengkebumian Allahyaraham Toh Puan Norashikin Mohd Seth yang merupakan balu kepada bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Pada perhimpuan tersebut, Mohd Azmi turut melancarkan buku terbitan GMJ, berkaitan kesan judi kepada masyarakat.Golongan muda dilihat mendominasi perhimpunan aman yang dikawal kira-kira 50 anggota polis itu.
Laungan 'Kami tak nak judi, kami benci judi', 'tolak judi, jauhi judi' dan beberapa slogan lagi bergema di perhimpunan itu.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudi Hassan dalam pidatonya berkata, atas dasar agama, GMJ bertanggungjawab menyedarkan rakyat bahawa judi merupakan amalan yang ditolak oleh semua agama, apatah lagi bagi yang beragama Islam.
Turut berucap di himpunan itu termasuk ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat yang juga setiausaha GMJ, Ketua Pemuda PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, selain wakil daripada Jemaah Islah Malaysia (Jim), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Mengggamatkan suasana apabila Shamsul melaungkan 'Najib judi, Rosmah judi, Umno pun judi'.Himpunan berkenaan berakhir kira-kira jam enam petang dengan bacaan doa oleh exco pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Tuesday, June 15, 2010
ADUN Malim Nawar Lompat !!
Adun Malin Nawar.
Semasa ditangkap ketika konflik Perlembagaan di Perak..Cepatnya manusia berubah...Ya Allah, tetapkanlah hati kami atas jalan Mu ...KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.
Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.
Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.
"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.
Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh.
Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.
Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi.
Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Friday, March 26, 2010
Sila Letak Jawatan Zulkifli Noordin!! Serah Mandat Pengundi Parlimen Kulim-Bandar Bharu
Dua tiga hari ni, hangat di kaca TV berita MP Kulim-Bandar Bharu. Kenyataan2 beliau seolah2 beliau telah 360 darjah berpaling dari prinsip beliau semasa di dalam Pakatan Rakyat [secara khusus: PKR]. namun, apa yang boleh disarankan kepada beliau agar berundur dari kerusi anda sekrang kerana jika benar-benar beliau mahu menjadi Agen ALLah s.w.t di gelanggang Parlimen. Sebagaimana komen beliau berkenaan isu kalimah ALLAH; 
" For me, Islam comes FIRST. (I am)a Muslim FIRST, a Member of Parliament, SECOND. We Muslims have been tolerant enough all this while, for so many years we have been asked, forced to live under the law that is NOT Islam. We have been forced." Read here for more - Malaysian Unplug]
Zulkifli & Pemimpin Tertinggi PKR
Kontroversi yang dicetuskan ketika beliau enggan menghormati keputusan Pemimpin Tertinggi PKR berhubung isu Kalimah Allah. Beliau dengan lantang menyatakan pendirian terhadap isu tersebut. Ya, memang beliau jaguh dalam isu tersebut, cuma pandangan saya kepada beliau bukanlah mengenai isu tersebut, tetapi sejauh mana taat & wala' beliau kpd parti? Byk sirah yg boleh kita ungkapkan jika seseorang pemimpin Islam berhadapan situasi yang mana perlu diutamakan. Antara maslahah umum atau diri sendiri? Boleh kita renungkan bersama. Adakah sikap ini juga akan beliau bawa jika beliau bersama PAS?
Zulkifli & PAS
Sejak di bangku sekolah lagi, saya ingatkan beliau seorang ahli PAS. Tetapi rupa-rupanya beliau bukan ahli. Terfikir juga saya, adakah ini strategi PAS utk memasukkan beliau ke dalam PKR? Adakah kehendak beliau sendiri atau bagaimana?
Seorang pemimpin tertinggi PAS [telah meninggal dunia] tidak pernah bersama dengan Zulkifli di mana-mana acara. Adakah ini terjadi secara kebetulan? Pernah beliau [allayarham] dalam perjalanan ke sebuah majlis rasmi, tetapi apabila arwah diberitahu bahawa Zulkifli akan datang, beliau terus mengarahkan pemandunnya berpatah balik. Kejadian aneh ini, menjadi tanda tanya kepada diri saya sendiri? Mengapa begitu sekali sikap arwah terhadap beliau? Seolah-olah terselit sebuah misteri Zulkifli di dalam PAS itu sendiri menyebabkan Allahyarham tidak menyenangi beliau. Allahyarham sendiri juga pernah mengatakan:
“Zul is very ‘Islamic’. He is in fact even more Islamic than PAS, almost Taliban in attitude.”
Persoalan ini mungkin dapat kita fikirkan bersama, adakah PAS yang tidak menerima Zulkifli sebagai ahli atau Zulkifli yang tidak dapat menerima PAS? Atau adakah sebab Zulkifli terlalu ‘Islamik’ menyebabkan PAS tidak mahukan beliau? Andaian saya mudah. PAS tidak mempercayainya dan mengesyaki sesuatu yang luar jangka akan berlaku jika beliau bersama PAS.
Aksi Zulkifli & Basikalnya
Pernah kita dikejutkan, MP PKR menaiki basikal beramai-ramai ke Parlimen, ini disebabkan isu kenaikan harga minyak yang tinggi pada ketika itu. Kelihatan Zulkifli sperti jaguh rakyat. Tetapi, persoalannya, bagaimana dengan keadaan Parlimen anda? Adakah beliau sebenar2 jaguh terhadap Parlimen beliau? Kita serah mandat kepada beliau utk menjawab.
Zulkifli bersama MP Padang Serai, MP PKR yang lain
Berbalik kpd Parlimen beliau, seharusnya, jika benar beliau Agen Allah s.w.t dlm Parlimen, kami selaku rakyat berharap beliau menyerahkan mandat kpd P18, Kulim-Bandar Bharu utk memilih semula pemimpin mereka. Jika beliau, merasakan beliau boleh menang, silakan bertanding atas tiket BEBAS! Adakah kemenangan beliau pada PRU12 yg lepas atas dasar potensi / sokongan rakyat kpd beliau? Jawapannya diserah kembali kepada Zulkifli. Jika benar beliau, di landas kebenaran, nah, silakan kembalikan mandat kepada pengundi Parlimen Kulim-Bandar Bharu utk tentukan keputusan.
