Thursday, January 5, 2012

Peristiwa Penting Negara: 601 & 901


Peristiwa Penting Negara: 601 & 901!
                Lembaran tahun 2012 dibuka dengan pelbagai isu besar dikalangan rakyat Malaysia khususnya yang cintakan keadilan dan kebenaran. Bagi yang sibuk dengan urusan harian, pergi balik kerja, jumpa klien, meniaga di pasar-pasar tanpa ambil pusing dengan kejadian dalam Negara, pasti menganggap tarikh 601 (6 Januari) dan 901 (9 Januari) adalah hari-hari biasa, meneruskan rutin harian seperti dinyatakan.
                Namun, bagi rakyat cintakan keadilan, 2 tarikh ini pastinya bakal menjadi peristiwa penting dalam sejarah abad ke 22 negara Malaysia!




601
                Seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat jelata akan berhimpun bersama-sama untuk solat hajat, mengaminkan Qunut Nazilah untuk menolak kezaliman dan kekejaman terhadap mahasiswa di UPSI baru-baru ini. Itu baru 1 misalan kekejaman dan kezaliman yang dinyatakan. Banyak lagi peristiwa kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO & Barisan Nasional kepada mahasiswa seperti AUKU dan lain-lain.
                Sememangnya mahasiswa masih mentah dan masih muda dalam arus kehidupan, namun, kita perlu ingat, jika pemikiran anak muda disekat, dikongkong, dikecam, dan dicabul, adakah mereka mampu memimpin Negara pada masa depan? Persoalan ini harus kita muhasabah bersama.
                Ayuh, kita bersama bermunajat mala mini kepada Ilahi untuk mengaminkan doa bagi membuka pintu hati sang pemerintah agar sedar dengan kezaliman dan kekejaman terhadap makhluk Allah s.w.t.

901
                Keputusan Kes Liwat DSAI akan diumumkan. Ratusan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai lapisan peringkat samada parti politik, NGO dan lain-lain pertubuhan. Sangat menghairankan fenomena DSAI ini menjadi ketakutan ramai pihak sehinggakan ramai takut dengan tarikh keramat ini. Namun, adakah gelombang reformasi bakal kembali pada 9 Januari 2012? Sama-sama kita nantikan.
                Apapun, kita sebagai warga Negara Malaysia harus berpegang teguh atas prinsip keadilan & kebenaran, walaupun para pemimpin datang dan pergi kerana tunjang kepada sesebuah Negara adalah rakyat yang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap Negara.



No comments:

Post a Comment