Thursday, January 14, 2010
Parlimen Mahasiswa: Mampukah Pro-M UIAM ?
Baru-baru ini media telah menyiarkan berita mengenai penyerahan kertas cadangan penubuhan Parlimen Mahasiswa oleh YDP MPP USM, Sdr Mohamed Shafiq b Abd Aziz kepada Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Gagasan idea ini berdasarkan petikan dari blog 1aspirasi.blogspot.com sebagai sebuah platform ampuh kesepaduan suara dan pemikiran mahasiswa alaf baru.” Namun, apa yang hendak diutarakan disini, sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Parlimen Mahasiswa ini dan apakah kita Pro-M mampu menerajui Parlimen ini jika sistem ini akan diwajibkan bagi setiap universiti? Hal ini kerana, YB Datuk Saifudin sendiri menyatakan hasratnya agar sistem ini diguna pakai di mana-mana IPT sebagai ruang kepada mahasiswa untuk meluah pendapat / idea untuk membangunkan universiti dan negara tanpa dipengaruhi pihak luar. Beliau juga menambah jika idea2/cadangan2 yang dikemukan mahasiswa sesuai, maka ia akan dipertimbangkan ketika penggubalan akta universiti yang baru.
Tetapi, mungkin berlegar suara-suara nakal yang akan mengatakan ini semua adalah agenda tersembunyi pihak aspirasi dalam menjuarai sebarang isu/masalah mahasiswa. Ataupun, agenda tersembunyi dikalangan pihak pentadibiran universiti untuk memenangi hati mahasiswa.
Namun, persoalannya disini, kita(Pro-M), adakah kita mampu menerajui sistem ini? Ini adalah kerana jika benar yang dinyatakan oleh pihak kementerian bahawa medium Parlimen Mahasiswa ini mampu mencampuri perkara-perkara dasar universiti sperti penggubalan akta universiti, maka sudah pasti ia satu peluang yang baik untuk dimanfaatkan oleh kita.
Peluang ini saya kira sememangnya dinanti-nantikan oleh pendokong keadilan mahasiswa sperti kita. Secara tidak langsung dapat meniup kembali kebangkitan suara mahasiswa di universiti masing2. Jadi, Pro-M harus bijak jika mengatur langkah dan strategi jika sistem ini diguna pakai di setiap IPT khususnya di UIAM seandainya kita menang pada pilihan raya kampus akan datang(21hb Januari 2010). Seharusnya, kita boleh menjadikannnya sebagai ‘batu loncatan’ kepada Pro-M UIAM untuk memperjuang isu-isu mahasiswa diperingkat universiti dan medan mengasah bakat kepimpinan dikalangan pendokong Pro-M UIAM yang insya-Allah suatu hari nanti akan melangkah kaki ke Parlimen (Dewan Rakyat). Malah, kita akan lihat lebih ramai tokoh2 pemimpin yang akan lahir dari kalangan Pro-M UIAM.
Sumber:
1. Sinar harian,7 Januari 2010 http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6338110.asp
2. Berita Harian, 7 Januari 2010
http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20100107235519/Article/index_html
3. Sumber; www.1aspirasi.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment