Showing posts with label Kisah teladan / Catatan Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Kisah teladan / Catatan Peribadi. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

Zaharuddin Muhammad a.k.a Ustaz Din Tok Guru Yang Ku kenali

Petikan daripada tulisan Dr Atiullah, Pensyarah UPSI. 

Teringat saya ketika di Tanta, Mesir. Bumi yang subur dengan cendikiawan dan ulama tersohor. Tak putus Tanta melahirkan ulama yang terkenal yang antaranya Syeikh Ali al-Jawhariy al-Tantawi dan Dr Yusof al-Qardhawi. Di bumi ini jugalah sempatku kenali Zaharuddin Muhammad a.k.a. Ustaz Din Tok Guru (DTG). Ustaz Din Tok Guru ini sebenarnya gelaran oleh pelajar Malaysia di Kubri Qahafah dan Subarbay, Tanta. 

Gelaran ini diberikan kepadanya adalah kerana keilmuan dan peranannya di dalam membuka kitab-kitab turath di Markaz Tanta, seperti kitab Al-Asybah wa An-Nazoir, Waraqat dan kitab usul yang paling sukar difahami iaitu kitab Al-Minhaj karangan Imam Baidhawi. Keilmuannya di kalangan kami tidak disangkal kerana mampu mengajar kitab-kitab tersebut, justeru itu beliau menjadi tempat rujukan pelajar-pelajar di sana. Sebab itu kami di Tanta memanggilnya Ustaz Din Tok Guru. 

Selain menjadi best student dikalangan pelajar malaysia Tanta pada setiap tahun, kecemerlangannya di dalam bidang akademik terbukti apabila beliau menjadi "best student" di peringkat pelajar asing (waafidin) pada tahun 2007 dimana beliau mendapat kurang 7 markah untuk mencapai tahap Mumtaz, satu keputusan yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pelajar waafidin (pelajar bukan Mesir) sebelum ini. Di atas kecemerlangan ini, beliau mendapat anugerah Al-Fanjari dengan diberikan biasiswa bulanan. Pelajar waafidin kerana silibus mereka khususnya Al-Quran adalah berbeza dengan pelajar Al-Azhar dari Mesir. 

 Seusai menerima ijazah Sarjana Muda, saya berhijrah ke kota Kaherah dengan niat menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Fakulti Darul Ulum, di sini tempat saya menjadi rapat dengan DTG dan beberapa orang sahabat yang lain. Saya juga menyewa di Asrama Malaysia Abbasiyyah (ARMA) yang turut disewa oleh DTG. Hubungan kami semakin rapat dan saya cukup teruja dengan beberapa siri penyampaian DTG mengenai sistem ekonomi dan kewangan Islam. Topik paling menarik perhatian adalah mengenai waranti produk yang merupakan perbincangan segar dan semasa pada waktu itu. Sememangnya kemasukan beliau ke Universiti Kaherah di dalam bidang Shariah adalah sesuatu yang special. 

Pada waktu itu, zaman Al-Marhum Dr. Baltaji kemasukan ke jabatan Syariah agak ketat dengan mensyaratkan pencapaian Jayyid Jiddan hampir setiap tahun, satu pencapaian yang sangat jarang dicapai oleh Pelajar Malaysia pada waktu itu. Beliau dengan beberapa orang sahabat, kalau tak silap saya terdapat 7 orang yang telah memohon untuk menyambung pengajian di situ. Akhirnya yang diterima masuk hanya DTG seorang sahaja daripada pemohon pelajar-pelajar Malaysia. 

 Pada tahap penulisan tesis, kami jarang berjumpa. Pada tahap ini, saya kembali ke Tanta atas sebab mengambil peluang pengajian hadis Sahih Muslim. Saya mendapat tahu DTG pula menumpukan pengajian kitab "Al-Bayan" karangan Imam Imrani dengan tok guru arab, kitab setaraf Al-Majmuk didalam mazhab Syafei. Namun, kami tetap berbeza. DTG sentiasa nampak berwibawa dengan keperibadian Tok Guru tetapi saya pula kekal dengan keperibadian seorang pelajar yang masih menadah ilmu. Dalam tempoh setahun penulisan tesis, saya cukup kagumi DTG kerana beliau sibuk dengan ceramah, pembentangan dan kajian-kajian ilmiah. Hidup beliau bagaikan disendat dengan ilmu. 

Ketika ini juga, saya mendapat tahu beliau adalah menantu kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu pada waktu itu melalui laman-laman web. Sekalipun saya rapat dengan beliau dan saya tahu dia sudah bertunang, tetapi sepatahpun beliau tidak pernah menceritakan dengan siapa dia bertunang sehinggalah rahsia ini diketahui selepas banyak laman web menceritakan Tuan Guru Haji Hadi, Menteri Besar Terengganu dapat menantu pertama, iaitu DTG. Itulah humblenya DTG. 

 Saya pernah bertanya, bagaimana DTG dan anak TGHA dijodohkan? Beliau menjawab, saya serah kepada orang tua untuk cari sesiapa sahaja yang sesuai dan akhirnya bertemu jodoh dengan anak TGHH. Ini semua kerja orang tua, jawab beliau ringkas. 

 Yang paling menarik ialah kisah sewaktu beliau menguruskan urusan-urusan perkahwinan. Oleh kerana DTG pulang lewat dari Mesir dan tarikh perkahwinan sudah diaturkan berpandukan kepada tarikh kosong TGHH sebagai Menteri Besar, maka beliau memerlukan kelulusan Qadhi daerah untuk menghadiri kursus perkahwinan selepas akad. Kebiasaan mana-mana orang besar seperti MB dan keluarga, urusan-urusan remeh temeh seperti ini biasanya akan diuruskan oleh PA kepada MB kerana Qadhi daerah adalah dibawah kuasa MB. Tetapi DTG tidak menggunakan kemudahan itu, bahkan beliau pergi sendiri ke pejabat Qadhi sebagai orang biasa, berpakaian serba humble, beratur sebagaimana orang lain sekalipun beliau adalah menantu MB pada waktu itu. 

Setelah sampai giliran beliau, Qadhi sambil lalu berkata (tanpa memandang muka) supaya datang esok kerana beliau sibuk dan meminta supaya DTG meninggalkan borang2 berkenaan kepada keraninya. Apabila beliau datang keesokan pagi, beliau terus di minta masuk tanpa beratur seperti semalam. Rupa-rupanya Qadhi agak ragu melihat nama TGHH / Menteri Besar sebagai bakal mertua DTG di dalam borang perkahwinan. Qadhi melihatnya ke atas dan ke bawah, dan bertanya "betul ke awak nak kahwin dengan anak MB?" Qadhi itu seolah-oleh tidak percaya kerana pakaian yang sangat humble, berbaju t shirt, berseluar trek dan berselipar jepun dan ditulis di atas borang permohonan bahawa ayah DTG seorang petani. Akhirnya Qadhi itu yakin dan mengakhiri kata-katanya: "Tak sangka TGHH boleh bermenantukan orang biasa anak petani seperti awak". 

 DTG menceritakan perkara ini kepada saya pada waktu itu sebagai melahirkan kekesalan beliau terhadap sesetengah pegawai dan kakitangan kerajaan yang memilih bulu ketika menjalankan tugas mereka. Saya berpeluang bertemu kembali DTG apabila bermula penulisan tesis PhD. Kali ini, saya dan DTG sudah mempunyai perbezaan yang ketara. Pencapaian, peranan dan kedudukan yang jikalau dibandingkan kami bak langit dan bumi. Beliau dikenali sebagai pakar ekonomi dan menjawat jawatan penasihat di beberapa institusi kewangan terkemuka seperti HSBC Amanah Takaful dan lain-lain. Malah beliau juga mendapat kedudukan dalam Parti Islam Se-Malaysia sebagai anggota Majlis Syura Ulama. Kedudukan sebagai anggota Majlis Syura Ulama adalah sejarah paling besar dari kalangan sejarah sahabat-sahabat yang saya kenali. 

Beliau di lantik bukan kerana kapasitinya sebagai menantu kepada TGHH. Bahkan beliau dilantik oleh Dr. Harun Din pada peringkat awalnya sebagai penyelidik Majlis Syura Ulama selepas Dr. Harun Din berpuas hati dengan kertas-kertas kajian DTG seperti kertas "Pengurusan Tanah Dalam Islam dan Bahayanya Lease Hold kepada masa depan rakyat" dan lain-lain kertas kerja. 

Pada waktu itu, Dr. Harun Din tidak mengetahui yang beliau adalah menantu TGHH sehingga bertahun selepas itu. Itu sememangnya sikap DTG yang saya kenal sejak di Mesir lagi, menyembunyikan identitinya dan humble. Penceritaan pendek ini adalah beberapa cebisan memori saya mengenai Zaharuddin Muhammad a.k.a Din Tok Guru, seorang sahabat yang disegani semenjak bertemu dengannya. Fokus penceritaan saya di sini hanya sebagai pencetus semangat untuk para sahabat yang mengenalinya. Saya dapat melihat keupayaan DTG melangkaui sahabat-sahabat sezamannya. Harapan saya agar persahabatan kami berkekalan dan mendapat keredhaan Allah. Muhammad Atiullah Pensyarah UPSI

Thursday, January 6, 2011

Kelahiran Hero Sulung


Tanggal 24 Disember 2010, Jumaat, kenangan manis buat penulis bersama isteri tercinta apabila hero sulung muncul, hadir dalam hidup kami. Walaupun, isteri saya berhempas pulas dari seawal 8 pagi ditolak ke labour room(bilik bersalin) namun sehingga pukul 3 petang, 'hero' seolah tak nak keluar dari rahim bondanya.

Alhamdulillah, setelah perbincangan doktor pakar HKL (pujian yang tinggi diberikan kpd staf, nurse & doktor HKL yg cekap dlm kerja), maka keputusan dicapai utk pembedahan kerana nadi bayi dalam kandungan semakin lemah. Kegusaran melanda diri saya bersama emak dan emak mertua.

Alhamdulillah, tepat pukul 4.29 ptg, 'Ulwan Hafiz selamat dikeluarkan dari perut isteri saya melalui pembedahan. Hero semangat ini ditimbang berat & diluar jangkaan, beratnya mencecah 3.6 kg! Berat yang luar biasa dari kebanyakan bayi yang baru lahir selalunya 2.8 kg - 3.2 kg sahaja.

Namun, segala puji Allah yang mencipta makhluk dan mematikan makhluk. Lahir seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini. Laungan azan di telinga kanan telah saya sendiri lakukan selepas kelahiran dan membelah mulutnya (sunnah) dengan buah kismis dicelup dengan air zam zam.

Harapan abah dan ummi, semoga 'Ulwan Hafiz menjadi anak yg soleh & penyejuk mata, hati dan mendoakan kami sebagai anak yang soleh.

Monday, June 14, 2010

AL-FATIHAH: Al-Marhum Ust Hassan Shukri

Semoga ruh Al-Marhum dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..
Amin...Ya Rabbal Alamin...


Al-Marhum ceria menerima Anugerah Khas Tokoh Pemuda
dari TG Nik Aziz pada Muktamar PAS baru-baru ini.

ALmarhum Ceria bersama Ust Mustafa Ali, S/U Agung PAS

Bersama pemimpin PAS..Khalid Samad, Shaari Sungib..


Tokoh ULAMA....

Ketika muktamar PAS beberapa tahun yg lepas...

semoga kita menjadikan beliau contoh dalam memperjuangkan Islam tanpa jemu hingga hembusan nafas yang terakhir.....

Saturday, February 20, 2010

Termeterai Sebuah Ikatan Suci




Tanggal 11.20 pagi, 15 Februari 2010 bersamaan 1 Rabiul Awal 1431H disahkan oleh dua orang saksi dengan diwakilkan oleh wali kepada Ustaz Saleh, Pendaftar Nikah, akad ijab dan qabul antara saya, Ubaid b Abd Akla bersama pasangan Nurul Atikah bt Azmi. Perasaanku sayu & terharu kerana telah mengakhiri zaman bujang. Pasangan ku, Nurul Atikah juga bersyukur dengan termeterainya ikatan ini. Ribuan terima kasih kpd sahabat2 yg sudi mjadi PA spanjang majlis walaupun suhu di Semanggol mcecah 37 C. Terima kasih Farid Nazmi, Mat Pet, Tarmizi.. Kpd shbt2 yg datang (kwn2 sy mahupun zaujah tercinta, Nurul Atikah) jgk alfun syukran. Jemput sahabat2 lain jg dtg ke Majlis Sambut Menantu pd 14 MAc 2010 di Pekan, Pahang..Di sini, kami kongsikan bersama gambar2 semasa majlis. Semoga ikatan kami ini ikhlas, tabah, cekal, istiqamah fi sabilillah dan bercinta sampai ke syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.

Memberi Mas Kahwin

Ucapan oleh wakil pengantin lelaki & perempuan (Pak Teh ATikah & Ayah Teh Ubaid)


Berarak ke Dewan Jamuan Pengantin (diapit oleh Mat Pet; segak berbaju Melayu.hehe)

Menyambut Tetamu yg datang..


Thursday, April 30, 2009

Rasulullah Bersama Pengemis Buta



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya  kepada anaknya itu,"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai
menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,"Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang
yang biasa (mendatangi engkau).""Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku",bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladanisedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Wednesday, April 29, 2009

Seorang Tua dan Bakul Rotan

Cuti yang ada rugi jika tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Daku manfaatkannya dengan pulang ke kampung halaman, Pekan, Pahang. Tempat yang agak popular sekarang dek kerana PM yang ke 6. Bagus juga beliau jadi PM yang ke6. Jika tidak ramai jugak yang tahu Pekan, Pahang. Selalu aku sampai di Terminal Makmur, Kuantan dan berjalan kaki ke Stesen Bas berdekatan yang popular dengan nama 'benteng'. Mungkin student Marikulasi Gambang, UIA Kuantan sinonim dengan hentian bas ini. Tapi aku meminta pemandu bus untuk berhenti di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Batu 6 (jika tidak silap). Kemudian, aku tunggu bas Bee Huat ke Pekan. Jadi aku tidak susah payah untuk ke "Benteng".

Agak lama aku tunggu di situ. Jam menunjukkan jam 6 petang. Bas masih tidak kelihatan. Lambat juga tunggu di sini. Aku menanti dengan sabar sambil mengusik anak kecil yang jugak menunggu bus bersama ayah ibunya. Selepas setangah jam, baru tiba bas yang dinanti. Aku naik dan lihat bas agak penuh dengan penumpang. Barangkali baru balik shopping agaknya mereka nie. Yela, hari ni hari sabtu. Aku memilih duduk di belakang yang masih kosong tempat duduknya. Kelihatan remaja-remaja lelaki dan perempuan sedang asyik berbual. Entah apa yang dibual mereka. Masing-masing hand set ditangan. Usik-mengusik berlaku antara mereka. Si lelaki 'mengushar' siperempuan. Si perempuan jual mahal lagaknya pada mulanya. Aku lihat sahaja telatah mereka. Entah apa hendak jadi pada mereka agaknya nanti.



Setelah lima minit bas bergerak, ada tempat duduk kosong dibahagian tengah bas. Aku terus bergerak ke hadapan dan terus duduk dengan tergesa-gesa. Tanpa kusedari ada seorang lelaki tua yang rabun matanya sedia ada duduk di sebelah kananku. Bersama beliau, beberapa biji bakul rotan dan beg. Beraneka saiz bakul dapat kulihat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Dengan lembut, beliau menyapa ku, "dah sampai penjara ke?" aku menjawab "belum pakcik, jauh lagi". Tersentuh hatiku melihat pakcik disebelahku. Beliau bercerita menjual bakul-bakul rotan yang dibuatnya di Pasar Kuantan. Dari raut wajahnya, ku teka jualan hari ni tidak memberangsangkan. Tampak runsing. bakul- bakul beliau masih banyk kulihat. Namun, beliau tak meminta belas ehsan pun dari sesiapa. Dua situasi yang kontra yang aku lihat dalam bas. Remaja-remaja yang alpa dengan keseronokan dunia dan seorang tua yang gigih menyara hidup dengan menjual hasil kerja tangannya. Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di kotak pemikiranku. Setelah sampai di Kg. Ubai (nama tempat), aku menekan loceng unttuk pakcik itu dan membantu beliau turun dari bas. Jauh kelihatan sebuah rumah usang yang terletak tidak jauh dari beliau turun. Agaknya, disitulah beliau meneruskan kehidupan yang telah menjengah usia senja dengan hasil kerja tangan beliau.



Sayu hatiku melihat pakcik tersebut berjalan seorang diri pulang ke rumah. Aku melihatnya dari dalam perut bas. Semakin lama semakin kecil pakcik tua itu kelihatan setelah bas beredar ke destinasi seterusnya.

Persoalan:
1. Apakah nasib pakcik tersebut selepas ini? Adakah hidupnya tetap bagitu tanpa pembelaan dari Jabatan KEbajikan Masyrakat?
2. Apakah punca menjadikan pakcik tua menjadi begitu?Dimana anak-anak mereka? Apakah dosa silamnya sampai sebegitu rupa kehidupannya.
3. Apakah remaja-remaja yang asyik dengan kehidupan dunia bakal menjejak kehidupan seperti pekcik tua tersebut?Mereka tiada perancangan hidup dan matlamat dalam hidup. Tidak mustahl ini berlaku.
4. Dimana simpati orang ramai terhadap mereka yang berada dalam kesusahan. Kulihat tiada siapa yang membantu beliau ketika didalam bas. Adakah begitu hina kerjaya seorang pembuat bakul?
5. Peranan kita sebagai orang yang berilmu untuk merubah tahap pemikiran dan mentaliti masyarakat yang masih mundur dan keterbelakang untuk membina sebuah Tamadun yang ulung.
Bersama kita renungkan.....