Saturday, January 23, 2010

Kepentingan Ilmu


Khutbah Jumaat
Masjid As-Syakirin, Gombak
15 Januari 2010

من أراد الدنبا فعليه بعلم ومن أراد الآخرة فعليه بعلم ومن أرادهما معاً فعليه بعلم
"Barang siapa yang mengkehendaki dunia, maka hendaklah berilmu, Dan barangsiapa yang menkehendaki akhirat, maka hendaklah berilmu, Dan barangsiapa yang menkehendaki kedua-duanya, maka hendaklah berilmu" Hadith Nabi

Hadith ini menunjukkan peri penting ilmu di dalam kehidupan seharian kita. Tidak kira apa pun tujuan kita, apapun objektif kita, ilmu merupakan tunjang utama mencapai matlamat tersebut. Dan diriwayatkan dalam hadith yang lain;

من خرج من البيت لطلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع (أو كما قال رسول الله
"Siapa yang keluar dari rumah untuk menuntut ilmu maka dia di jalan Allah hingga pulang kerumah kembali"

Hadith ini merujuk kepada ganjaran / ujrah kepada musafir ilmu yang bersamaan dengan orang-orang yang berada di jalan Allah. Betapa tingginya darjat golongan yang menuntut ilmu kerana Allah Taala. Maka kita hendaklah sentiasa dahaga kan ilmu dan menidakkan kamus hidup bahawa 'aku jemu menuntut ilmu'.

Suffian ibn Buyainah pernah berkata:
"Orang yang alim adalah yang perlu lebih menuntut ilmu kerana mereka ini menjadi sumber rujukan"

Imam Malik berkata:
"Tidak wajar seseorang itu berhenti menuntut ilmu dan jangan berasa puas menuntut ilmu walau mempunyai darjat/kedudukan/pangkat yang tinggi".

Muadz bin Jabal berkata:
"tuntutlah ilmu untuk kita menjadi orang yang takut kepada Allah dan ilmu melembutkan hati yang jahil".

No comments:

Post a Comment